Sejarah Damansara Utama (kawasan negeri)

Kawasan ini telah diciptakan pada tahun 1984 dan ia terletak di negeri Selangor. Pada tahun 2018, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah mengesyorkan kawasan negeri ini, Damansara Utama untuk dipinda. Kini, ia dikenali sebagai Bandar Utama. Kawasan ini dipinda kerana perubahan sempadan atau nama asalnya tidak sesuai digunakan lagi.[1][2] Berdasarkan warta yang diperakui pada 29 April 2016, kawasan pilihan raya ini mempunyai 17 daerah mengundi iaitu SS 21 Utara, SS 20, Seksyen 17A, Damansara Jaya Utara, SS 2 Utara, Seksyen 19, SS 2 Tengah, SS 23, SS 24, SS 26, Kampung Chempaka, SS 25, SS 4, SS 2 Selatan, Seksyen 21 Barat, SS 21 Selatan dan Damansara Jaya Selatan. Masing-masing mempunyai satu atau lebih pusat pengundian.[3]

Sejarah perwakilan

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Damansara Utama
PenggalKod DUN SemasaTahunAhliParti
Kawasan DUN diciptakan dari Petaling Jaya
ke-7N251986-1990Madhavan Nair Narayanan NairParti Tindakan Demokratik (DAP)
ke-8N251990-1995
ke-9N251995-1999Oon Hong Geok
ke-10N251999-2004Lim Choon KinBarisan Nasional (BN-MCA)
ke-11N362004-2008
ke-12N362008-2013Cheah Wing YinPakatan Rakyat (PR-DAP)
ke-13N362013-2018Yeo Bee Yin
Kawasan DUN dipinda, dengan nama baharu Bandar Utama.

Rujukan

WikiPedia: Damansara Utama (kawasan negeri) http://praya.hmetro.com.my/Current_News/Pilihanray... http://thestar.com.my/election/results/08/08s.html http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pub_2... http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pub_2... http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pub_2... http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/pap... http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkh... http://www.spr.gov.my/index.php/component/content/... http://web.archive.org/web/20080415054339/http://t... http://web.archive.org/web/20080529052456/http://p...